Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 1, 2011

Ramadhan 1432

Marhaban Ya Ramadhan Dengan izin dariNya jua, Alhamdulillah, kami masih diberi kesempatan untuk melangkah masuk ke gerbang universiti Ramadhan yang mulia. Kami masih lagi diberi kesempatan untuk mengikuti tarbiah dan kuliyyah Ramadhan 1432. Segala Pujian hanya bagiNya.. Ingin melukiskan keazaman pada kesempatan ini untuk mempertingkatkan kualiti Ramadhan ke tahap yang lebih baik. Takkan hendak mendapat Sijil Am Peperiksaan sahaja setiap tahun. Seqadar sijil hadir ke universiti Ramadhan sahaja tanpa mendapat ijazah taqwa yang sangat mahal dan tinggi nilainya itu. Tentulah kita diselaputi kerugian berterusan. Oleh itu marilah kita bekerja keras buat merebut ijazah taqwa bernilai itu. Al Ghazali menyatakan bahawa darjat orang yang berpuasa itu terbahagi tiga iaitu : 1. Puasa orang awam 2. Puasa orang khusus 3. Puasa orang khawasul khusus Sekurang-kurangnya kita rebutlah darjat yang kedua itu kalaupun tidak mampu melangkah ke darjat ke tiga yang paling tinggi. Darjat kedua, ialah puasa buk