Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 25, 2023

Anwar yang kukenali

Imej
 3 Syaaban 1444 Melihat wajah PMX di kaca monitor gajet melalui siaran langsung pembentangan bajet 2023 .. menghimbau kembali kenangan pembentangan bajet sekitar tahun 1995-1997 tatkala sosok yang sama memegang tanggungjawab selaku menteri kewangan. Petikan ayat al quran masih juga tidak lekang dari bibir beliau. Cumanya mungkin ayat dari surah yusof berkenaan 7 tahun musim kemarau, tujuh tahun musim menyimpan dan tujuh tahun musim subur tidak kedengaran lagi; Penulis yang pada waktu tersebut masih dikategorikan sebagai yang menolak kepimpinan sedia ada hanya acuh tak acuh sahaja berkaitan beliau; Penulis adalah pendukung tegar islamis kiri yang mana kepimpinannya menolak sama sekali dasar islamisasi kerajaan pada waktu tersebut. Istilah negara madani juga pernah disebut waktu itu tetapi masih dipandang sepi oleh golongan Islamis kiri; Dengan memdapat tarbiah serta ahli usrah tegar golongan islamis kiri di IPTA, sentimen anti beliau terus diterap dan disemai subur dalam dada para pelaj