Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun 17, 2014

Pabila sukar membezakan ulama sebenar : draf penguasaan sang dajjal hampir berjaya!!

Imej
SHAH ALAM –  [Video]   Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias. Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak. "Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya. Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini. "Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging. "Kalau m

Bila letih dan tertekan - wajah sebenar akan terpapar : Ceritera sebuah motivasiku

Imej
Apabila kita berada dalam zon selesa, kita biasanya berjaya menyembunyikan wajah sebenar kita. Kita akan berusaha sedaya mungkin untuk memakai topeng. Apa sahaja topeng yang ada disekeliling kita akan kita sambar buat menutup wajah sebenar, atau hakikatnya untuk nenutup keegoan kita. Maka apabila pelaksanaan ice breaking berlangsung, acapkali fasi agak gagal untuk mengesan wajah di sebalik topeng kerana persediaan awal kita dan kejayaan kita memakai topeng-topeng ajaib buat menutup sedikit ego. Maka apabila peserta ini dimasukkan serta diserapkan atau dipecahkan kepada beberapa kumpulan kecil, akan timbul seakan sekilas wajah yang kurang berpuas hati dari segelintir peserta yang mula terpesona dengan permainan sang fasi. Walaupun masih ramai yang seakan masih diluar fokus, ataupun diluar kawalan sang fasi, namun kewujudan segelintir wajah yang menunjukkan respon agak emosi terhadap keputusan yang dibuat untuk mereka telah mencerminkan pokok sudah mula berputik... Semasa se