Catatan

Tunjukkan catatan dari November 6, 2014

Jalan² cari makan : edisi kluang

Imej
Salah satu restoran atau kedai makan yang terdapat di kota Kluang adalah restoran two city. Restoran ini terletak berhadapan dengan bangunan yang kini menjadi sekolah tahfiz. Dahulunya bangunan tersebut menempatkan pejabat SOCSO cawangan. Restoran ini sudah beberapa kali bertukar pengurusan. Makanan yang dijual disini terdiri daripada makanan biasa. Mungkin yang paling istimewa bagi penulis ialah kupang goreng pedas.  Walau bagaimanapun, malam tadi stok kupang telah habis. Maka diganti dengan kerang masak pedas. Kami sekeluarga menempah hidangan nasi goreng sotong kunyit, mee hong kong, kerang masak pedas dengan minuman fresh oren dua, milo ais, asam boi dan cikong. Ini termasuk 6 keping otak². Tahukah berapa harganya..? Harganya ialah RM41.20... Memang agak mahal... Paling sedap adalah kerang sahaja.. Lokasi : http://www.instantstreetview.com/1qbijiz5ds3swz3q9zqhz5o Wallahu a'lam