Majlis rasmi : mengapa touch n Go?
Di organisasi tersohor, satu majlis rasmi diadakan untuk mendengar amanat ulung dari pemimpin unggul. Kehadiran kesemua ahli organisasi diwajibkan. Ertinya disini, sekiranya ahli organisasi tidak hadir, tanpa sesuatu sebab yang dibenarkan, maka dihukumkan berdosa kerana ingkar arahan. Mematuhi arahan ketua atau pihak berwajib adalah merupakan satu tuntutan terhadap seorang muslim. Bukankah Rasul sering memberikan ingatan berkaitan ketaatan ini Rasulullah s.a.w bersabda “ Tidak ada ketaatan kepada siapa pun dalam maksiat kepada Allah, ketaatan hanyalah dalam perkara yang baik menurut syariat .” (HR. Bukhori dan Muslim) Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya:“ Mendengar dan mematuhi itu wajib ke atas setiap orang Islam sama ada dalam perkara yang ia suka atau tidak suka, selagi ia tidak disuruh melakukan maksiat. Apabila disuruh melakukan maksiat, tidak harus lagi didengar dan dipatuhi ” (Riwayat Ahmad Dan Muslim) Daripada Anas bin Malik r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : ‘De