Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 5, 2014

Kisah Seorang Jurutol

Imej
Jurutol...satu nama yang tidaklah segah seorang juruterbang apalagi jurutera. Ianya adalah sebuah profesion yang agak unik kerana bilangan mereka agak terhad manakala tugasan mereka juga boleh dianggap tidak penting. Tetapi sebenarnya mereka ini memainkan peranan yang agak besar untuk menambah hasil negara. Penulis pernah menjawat jawatan berprestij ini. Ya .. sekitar tahun 1993, apabila rakan² lain berjaya mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, penulis bukanlah seorang yang berjaya mendapat tawaran yang sama. Akhirnya penulis telah mendapat tawaran sebagai seorang jurutol di salah sebuah syarikat lebuhraya tersohor. Tatkala itu, lebuhraya utara selatan masih lagi dalam proses pembinaan dan penyiapan. Penulis masih ingat dimana diarah melapor diri di pejabat wilayah selatan yang terletak bersebelahan plaza tol Yong Peng kini. Disitu, penulis diberikan latihan bersama beberapa rakan yang lain selama lebih kurang dua minggu. Selepas latihan, penuli