Catatan

Tunjukkan catatan dari November 14, 2012

Azan. ..antara penanda aras masuk waktu dan memanggil insan ke rumah Allah?

Imej
Laungan azan yang dikumandangkan setiap waktu apabila masuk sahaja waktu solat di kebanyakan menara masjid dan surau di setiap dunia Islam sejak ianya diperkenalkan lebih 1,400 tahun yang lalu sememangnya dikenali ramai oleh semua golongan masyarakat sama ada ia seorang muslim atau non-muslim, dan sama ada ia gembira atau kurang menyukainya. Lafaz azan yang dipopularkan oleh sahabat Bilal b Rabah, bekas hamba berketurunan Habsyi yang kemudiannya telah kedengaran derap kakinya di syurga oleh Junjungan Rasul SAW itu, telah diperintahkan sendiri oleh Junjungan SAW untuk mengumandangkan azan berdasarkan mimpi benar sahabat yang menerima lafaz-lafaz yang dikumandangkan. Abu Dawud menceritakan bahawa Abdullah bin Zaid berkata: " Ketika kaum muslimin bermesyuarat tentang cara bagaimana untuk memanggil orang mendirikan solat, suatu malam dalam tidurku aku bermimpi. Aku telah melihat seorang lelaki sedang membunyikan loceng. Aku dekati orang itu dan aku bertanya kepadanya, apakah t