Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 16, 2022

Bermuqeem di New York

Imej
 9-11 Rabiul Awwal 1444 Penulis berada di bangunan hotel dengan nama di barat ini pada sekitar menjelang masuk sang mentari. Hotel agak besar dan luas. Masuk ke lapangan parkir dengan jalan yang kelihatan zahirnya agak sempit untuk dilalui oleh sebuah kenderaan SUV. Di kiri kanan kelihatan parkir yang sudah dipenuhi kenderaan pelbagai jenis dan jenama.      "Ramai juga pengunjung hotel ni,"  getus hati penulis. Meski keadaan agak samar dek senja yang mendung, keadaan boleh dikategorikan sebagai 'menyeramkan' apatah lagi sudah terdengar khabar akan misteri yang ada di sini.     "Kat situ ada kosong..." humm akhirnya, ditemui juga ruang kosong dimana di sebelahnya ada kenderaan yang sedang memunggah khazanah untuk dimuatkan dalam perut bilik hotel kelak.      Selepas selesai memarkir (betul ke?) penulis dan keluarga berjalan menuju ke lif untuk ke lobby dengan tujuan dan nawaitu 'check-in'. Penantian di hadapan pintu lif agak meresahkan. Pertama, keran