Sayang Sarawak Sungainya Sempit
6 Zulhijjah 1439 daripada tahun hijrah Ar Rasul Telah datang dan sempurna perintah daripada sang penguasa organisasi bahawa penulis dan tujuh orang lagi ahlinya diminta terbang ke bandaraya Kuching, ibu negeri Sarawak. Kami memulakan perjalanan darat beberapa minit sebelum azan zuhur berkumandang. Perjalanan daripada pintu masuk tol ke lapangan terbang memakan masa tidak sampai satu jam perjalanan. Tatkala melewati bulatan, kami terpesona dengan rekabentuk masjid yang tersergam indah dengan gabungan senibina nusantara dan arab. Selepas menyelesaikan urusan check in bagasi secara sendiri di hadapan mesin yang dikepalai oleh dua orang yang biasa melakukan penerbangan, kami bergerak menghantar bagasi, membuat pemeriksaan masuk dengan meletakkan segala beg di atas bakul biru untuk masuk ke mesin pengimbas, diperiksa sebahagian tubuh dan kemudiannya masuk ke bilik menunggu. Seusai solat jama taqdim, kami bergerak untuk menikmati makanan tengahari. Burger King menjadi piliha