Terjah khutbah : Kisah apa khatib Jumaat ini?
Jumaat yang agak mendung dan menyegarkan selepas hujan turun sejak waktu isyraq. Sungguh nyaman sekali untuk menikmati tidur yang panjang. Agak lewat tiba pada zawaal ini hingga sang muazzin sedang mengumadangkan seruan barulah penulis menjejak kaki di tangga sebelah kiri tapak masjid tua di kampung milik bumiputera. Masjid dua tingkat yang disolek dengan sedikit bangunan baru dua tingkat. Seusai azan kedua, sebenarnya selepas peringatan sang muazzin, khatib yang merupakan mantan orang kenamaan negeri berdiri di bawah naungan mimbar kayu bercat berkilat. Perkara pertama yang disebutkan ialah mengenai orang yang muflis di akhirat. Disebutkan akan hadis yang membawa maksud bahawa Nabi SAW bertanyakan kepada para sahabatnya berkenaan dengan orang yang muflis. Dikhabarkan oleh Junjungan bahawa orang yang muflis di akhirat ialah orang yang datang dengan membawa amalan yang banyak. Namun akhirnya segala amalan tersebut dituntut oleh orang yang pernah dicaci dan dimaki serta dizalimi ta