Benarkah kita mahu kepada Islam?
Mungkin kebanyakan manusia muslim dewasa ini mula bercita-cita untuk mendaulatkan Islam di muka bumi negara Malaysia yang tercinta ini. Namun di sebalik cita-cita murni itu masih wujud gulungan munafiq yang senantiasa merasa kurang senang dengan perisian keagamaan yang cuba disuntik di tengah-tengah masyarakat yang semakin kehilangan arah. Gulungan Islamis ini senantiasa mencari-cari ruang dan peluang yang ada untuk mempromosikan islam di tengah masyarakat. Mereka cuba menyelit dan menyelinap dalam setiap acara dan program agar idea-idea islam ini dapat ditawarkan di tengah-tengah kekaguman masyarakat terhadap nilai-nilai budaya hendonisme yang semakin megah berdiri dengan kelolaan dan bantuan munafiq serta pasukan rahsia dajjal.. Sememangnya penentangan dari gulungan kuffar tidak boleh dinafikan lagi. Mereka senantiasa mencari-cari pula luang kealpaan untuk menikam Islam serta menguburkannya .. Mereka sebenarnya tidak pernah lupa dan leka untuk membunuh islam sejak dari