Catatan

Tunjukkan catatan dari November 17, 2010

Khutbah Jumaat

Imej
Ada perkara menarik yang cuba diketengahkan oleh salah seorang ahli panel forum tidak rasmi ketika berehat selepas makan kenduri selepas Maghrib sebentar tadi. Antaranya ialah ia mengatakan alangkah moleknya kalau khutbah Jumaat setiap minggu itu lebih menumpukan kepada isu-isu semasa bersifat tempatan. Sebagaimana lazimnya, teks khutbah Jumaat telah disediakan oleh pihak Jabatan Agama negeri. Ianya disusun hasil daripada tulisan orang perseorangan yang menghantar karya mereka dan terpilih, ataupun hasil tulisan pegawai khas yang dilantik. Isi kandungannya selalunya berbentuk umum. Sebagai contoh, khutbah jumaat pada 5 November 2010 untuk negeri Johor berkisar mengenai balasan selepas mati, akhirat dan sebagainya. Sebelum ini biasa kita mendengar mengenai tajuk khutbah berkaitan hari pahlawan dan ada juga berkaitan sungai kita!!! Kita juga pernah mendengar khutbah mengenai isu Palestin. Kita juga mungkin pernah mendengar khutbah memperli atau memperlekehkan pemimpin dan kerajaan. Kita

Eid Adha

Imej
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini Salam eid adha 1431....Meskipun Malaysia lewat sehari menyambutnya dari Indonesia dan Filipina serta Saudi...ianya bukanlah perkara yang selayaknya dicatatkan disini mengenai perbahasannya. Biarkanlah ianya dibahaskan dengan lebih terperinci oleh ulama dan pakar astronomi...selaku rakyat marhain, terimalah sahaja perisytiharan dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu. Siapalah kita untuk menolak perisytiharan tersebut. KECUALI jika kita telah melihat hilal pada petang 30 Zulkaedah yang lalu secara ru'yah dengan mata kepala dan mengiranya bahawa 10 zulhijjah jatuh pada Selasa .. Maka disaat itu segeralah membuat sumpah di hadapan mufti negeri bahawa kita telah melihat hilal ... Sesuatu yang menarik, eid adha atau di kalangan masyarakat melayu dikenali sebagai hari raya korban, merupakan hari memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anaknya Ismail a.s (sesetengah riwayat menyebut Ishaq a.s) apabila mendapat