Terpaksa melangkah pergi: kad merah telah dilayangkan...
Hari ini hari terakhir di pejabat puncak desir angin....terdapat acara makan tengahari yang diadakan agak tergesa2. Mungkin ianya bukan acara resmi. Bos kelihatan keluar duit poket sendiri. Dimeja makan restoran yang agak rersohor di pekan kecil, penulis diminta membuat sedikit ucapan. Tapi penulis menolak dengan baik.. Gerakan jarum minit menuju ke angka selepas 4.59 terasa agak perlahan. Melangkah pergi dengan agak berat. Meskipun baru berusia sebulan lebih di pejabat itu, terdapat desakan agar penulis segera pindah ke pejabat lain. Ini mungkin rekod dalam organisasi. Dipindahkan dalam jangkamasa sebulan daripada tarikh berpindah ke pejabat puncak desir angin. Tatkala surat arahan pindah tiba, ada telahan nakal mengatakan penulis sendiri yang mohon dipindahkan. Kunun kerna tidak sesuai. Kunun kerana kurang gembira. Itu hanya telahan nakal. Surat arahan itu tidak pernah terjangka akan datang secepat ini. Kita semua penjawat awam yakin akan dipindahkan. Tidak pernah ada yang bertugas