Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 3, 2007

Perpaduan Ummah - kemana?

Dewasa ini telah muncul di merata .. baik di media massa mahupun muzakarah dan ijtima' .. mengenai taqarrub mazahib - penyatuan mazhab .. Khusus perbincangan ini menyentuh mengenai penyatuan antara Sunni dan Syiah yang dijadikan satu isu global dalam Darul Islam. Sebenarnya perkara ini telah menjadi perbincangan sejak dahulu kala lagi. Sudah ramai ulama dari kedua-dua mazhab berusaha ke arah penyatuan, meskipun tidak seramai yang menentangnya. Namun apa yang pelik, di negara 50 tahun merdeka ini tidak ada satu pun usaha ke arah penyatuan ummah dilaksanakan. Tetapi, usaha-usaha ke arah pemecah belahan ummah semakin giat dan amat terancang dari masa ke semasa disokong oleh manusia hipokrit bertopengkan wajah malaikat. Penulis melihat bahawa perpecahan dia antara muslim di negara 50 tahun merdeka ini semakin meruncing, khusus atas dasar pemahaman politik yang berbeza. Pecahan tradisional di antara pendokong Islam Liberal dan pendokong Islam Syumul (?) adalah amat ketara sejak tertubuh

Sistem Pilihanraya di Malaysia

Imej
Ogos ini, sudah 50 tahun kita merdeka. Usia kita semakin matang. Seeloknya keputusan yang bakal dibuat juga bertambah matang dan mengambilkira kepentingan agama, negara dan rakyat. Tiga pilihanraya kecil negara baru-baru ini telah mengukuhkan lagi kekuasaan pemerintah dengan ujian ke atas UMNO, MCA dan terakhir MIC menunjukkan prestasi semakin gemilang dan memberangsangkan. Persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulis ialah, APAKAH PILIHANRAYA DI M"SIA ADIL? Tiada siapa yang boleh menjawab secara tepat baik di pihak pembangkang apalagi di pihak pemerintah. Masing-masing akan cuba menegakkan pendapat masing-masing berdasarkan keegoan tanpa berpijak ke bumi nyata. Pembangkang kerap menuduh pemerintah tidak berlaku adil dalam permainan. Dengan menyediakan padang yang tidak rata, bagaimana pembangkang mahu menjaringkan gol yang tepat? Kita lihat kepada benua kecil di selatan semenanjung. Kota singa metropolitan ada memberikan ruang kepada pembangkang untuk mengemukakan manifesto

Ke arah Perpaduan Muslimin

Imej
Assalamualaikum Warahmatullah Apa khabar semua? Tujuan penulis adalah ke arah perpaduan Ummah .. Non partisan.. Amat menyokong perjuangan ke arah mendaulatkan agama Allah .. Amat benci kepada para hipokrit yang suka menjadikan Ad Deen sebagai alat permainan dan alat untuk mencapai kepuasan akibat keserakahan nafsu. Bersama kita menegakkan agamaNya....