Hari raya masa dahulu part II
Apabila ditanyakan kepada bonda penulis bagaimana orang pada zamannya dahulu meraikan hari raya, jawapannya mungkin agak berbeza. Duit raya sudah disediakan kepada para tetamu cilik tetapi dengan amaun kecil sekitar 10 hingga 20 sen. Ya...penulis juga melalui saat indah itu. Duit hari raya adalah dalam bentuk syiling. Amat jarang dapat satu ringgit. Rumah yang mampu memberikan duit raya sebanyak 50 sen pun sudah dianggap rumah orang berada dan selalunya akan menjadi target untuk dimasuki oleh geng penjelajah ziarah hari raya. Amalan ziarah hari raya dalam dunia kanak-kanak penulis bermula tatkala berada dalam darjah 2 hingga darjah 5 ketika tinggal di kuarters kem lok kawi kota kinabalu. Kami bergerak dalam satu kumpulan menjelajah setiap rumah di setiap blok. Collection biasa di setiap rumah ialah 10 dan 20 sen. Tetapi biasanya pergerakan kami paling lama hanya sampai ke hari kedua syawal sahaja. Menurut cerita orang sebelah yang setia pula, mereka berhari raya sehingga masuk ke k