Adakah ulama mampu memerintah?
Tajuk ini mungkin agak sensitif untuk diperkatakan.. Di kalangan para pendukung gagasan kepimpinan ulama khususnya..persoalan yang seringkali bermain di kepala penulis beberapa darsawarsa dahulu. Namun ianya sekejap menghilang dan kemudiannya muncul kembali. Kembali menghantui kotak fikiran penulis kerdil. Penulis yang seqadar baru belajar menulis di laman blog percuma. Yang hanya dibaca oleh seorang dua daripada rakyat Malaysia... Apabila kerajaan di utara tanah air kembali ke tangan partai nasionalis, yang asalnya di bawah lembayung seorang bergelar ulama, maka penulis dengan serta merta teringat tragedi apa yang berlaku di salah sebuah negeri di pantai timur, yang pernah memakai gelaran 'negeri serambi Madinah' yang juga pernah jatuh di tangan ulama dan hanya bertahan selama sepenggal sahaja (4 atau 5 tahun mengikut kiraan dan bacaan kaum penganut fahaman demokrasi) .. Adakah kejatuhan kerajaan negeri pimpinan ulama ini disebabkan oleh sistem yang tidak mesra kepada Is