Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 30, 2010

Jumaat ini ...

Jumaat ini penulis sekali lagi solat Jumaat di masjid organisasi. Minggu sebelumnya hanya solat di masjid kampung kediaman kerana masih bercuti dek kerana isteri melahirkan anak yang keiun tiga. Khutbah yang disampaikan oleh khatib pada kali ini juga amat baik isinya dan amat menyentuh perasaan. Ianya juga berbentuk peringatan terhadap kegilaan manusia kini untuk menikmati hiburan hendonisme tanpa batasan. Memuja danmengagungkan artis melebihi penghormatan terkesan tehadap para ulama. Penulis juga terhadap ulasan pagi di radio IKIM pagi tadi yang melaporkan mengenai ada remaja dan pelajar yang tidak tahu mengenai nama PM yang pertama. Ada juga yang tidak tahu mengenai tarikh kemerdekaan negara. Fenomena ini sebenarnya telah merebak sejak tahun 2001 lagi ketika itu penulis bertugas selaku penghulu mukim 8. Ketika dalam perjalanan untuk menghadiri satu majlis, penulis mendengar satu slot siaran di RMJ dimana DJ bertugas cuba bertanyakan soalan-soalan berbentuk patriotik berkaitan tarikh