Catatan

Tunjukkan catatan dari November 25, 2012

walimah terkini

Sebentar tadi baru sahaja menghadiri walimah yang simple dikelolakan oleh saudara mara sebelah bapa mertua. Keadaan khemah, makanan dan hadirin seperti biasa. Yang berbeza ialah tanpa iringan sebarang alatan muzik... Mempelai tiba juga tanpa iringan kompang. Hanya sedikit pertunjukan silat. Semalam ada dua walimah yang dihadiri. Yang pertama meriah seperti walimah biasa dan diiringi lagu-lagu padang pasir. Satu lagi lebih meriah beserta DJ dan sudah barangpasti dihiasi pelbagai lagu yang bisa menarik pendengaran tetamu yang hadir.. Itulah walimah terkini. Bersyukur kerna masih ada yang sudi menghayati dan cuba menghidupkan walimah dengan kaedah yang bersesuaian dengan syara'. Terasa agak terguris dengan walimah beserta pakej karaoke percuma... Salahkah berkaraoke di majlis walimah? Tidak salah kalau dijaga syariatnya... Kalau begitu lagu nasyid je le....boring arr... Tak semestinya. Tapi jarang di majlis walimah disajikan dengan ceramah...Doa sebelum mempelai makan

Bendera itu di sana sini

Imej
Menjelang pagi hari bekerja di sepanjang jalan di Kg Melayu tergantung dua helai kain bendera di setiap pagar rumah. Satu berwarna biru tua dengan lambang dacing dan satu lagi berwarna putih dan merah dengan bulatan berwarna kuning dihiasi sebilah keris tanpa sarung berwarna hijau... Mustahil ia terpasang dengan sendiri. Mustahil juga ia dipasang oleh tuan-tuan rumah kerana pagar rumah usang yang ditinggalkan juga turut terpampang bendera ini... Ini mungkin kempen. Ini juga mungkin iklan semasa agar rakyat tidak melupakan warna-warni keramat ini. Ia juga mungkin petanda akhir kepada munculnya hari pembubaran parlimen Malaysia... Rakyat sudah lama bersedia...

Malam pesta muda mudi

Tajuk memang hangat. Tapi sebenarnya hanyalah sebuah majlis makan malam luar biasa yang telah dijayakan oleh sekumpulan pelajar luar biasa. Majlis bermula sekitar jam 8.45 malam mengikut waktu ketibaan kenderaan penulis di tempat meletak kenderaan. Pengarah program turun untuk menjemput penulis dan isteri. Penulis hanya berpakaian kemeja T dan berselipar sahaja. Ketibaan kami diumumkan secara rasmi. Kemudian bacaan doa dan juga ucapan penulis, diikuti ucapan pengarah program. Kemudian kami makan dengan diiringi tayangan montaj. Usai makan ialah acara cabutan bertuah yang tidak berapa bertuah kerana pemegang nombor bukan menerima hadiah tetapi terpaksa melakonkan pelbagai watak. Mujurlah hanya pelajar sahaja yang terlibat. Penulis akhirnya berangkat pulang dan dibekalkan dengan sedikit  cenderahati. Sebelum itu kami suami isteri iktikaf di masjid menara nan sebatang dari Maghrib sementara menanti Isya'. Masjid kunun tersohor dan pernah didatangi ulama keturunan Rasu