Ramadhan 17
Nuzul Al Quran ... di beberapa negeri mendapat cuti umum. Tetapi tidak bagi negeri Johor. Berkebetulan pula pada Hari Jumaat. 17 Ramadhan juga hari Badar Al Kubra .. Hari pertempuran dan pertemuan di antara yang haq dan yang batil. Hari dimana golongan yang haq berjaya mengalahkan golongan yang batil. Firman Allah yang menceritakan perang ini yang bermaksud : sesungguhnya Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar , padahal kamu ketika itu adalah orang-orang yang lemah . Kerana itu bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mensyukuriNya - surah Ali Imran ayat 123- Juga merupakan tarikh dimana imam Ali b Abi Talib ditetak oleh pedang Ibn Muljam hingga membawa kepada kematiannya... Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abdul Manaf al-Qurasyi al- Hashimi merupakan khalifah Islam yang keempat dalam sejarah Khulafa' Ar-rasyidin yang menjadi pewaris Nabi s.a.w dalam urusan pemerintahan negara dan umat Islam . Beliau turut di kenali sebagai Abu Al-Hassan iaitu anaknya yang p