Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 26, 2014

Khilafah :benarkah sistem yang dituntut?

Imej
Sistem khilafah sering dilaung-laungkan sebagai sistem terbaik untuk menjayakan kenegaraan berasaskan syariah. Dikatakan bahawa kewujudan sistem khilafah perlu disegerakan dan diperjuangkan agar syariah islam benar-benar dapat ditegakkan. Sistem khilafah bermula sebaik sahaja kaum muhajirin dan ansar membaiah Abu Bakr di balai bani saidah beberapa ketika selepas kewafatan Junjungan Besar Muhammad Rasulullah SAW wafat. Meskipun ahli keluarga baginda sedang disibukkan dengan urusan jenazah Rasulullah SAW, namun tindakan sebahagian kaum ansar yang berkumpul di Balai Bani Saidah bertujuan melantik khilafah telah menyebabkan Umar segera menarik keluar Abu Bakr yang sedang sibuk menyelesaikan urusan tajhiz menuju ke sana. Sebaik Abu Bakr dibaiah selaku khalifah pertama, meskipun ada diantara sahabat yang dilaporkan kurang bersetuju dan lewat memberikan baiah sehingga 6 bulan selepas perlantikan, ianya menandakan bermulanya sistem khilafah di dalam islam dan ada dikalangan sarjan