Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 14, 2012

Lailatul qadr.....

Siang khamis hari ke 20, pejabat bangunan tertinggi menjemput ulama dari pejabat pentadbir agama daerah untuk berbicara mengenai malam al qadr. Maka menjelang waktu dhuha, penulis bergerak bersama tn CC menuju ke bangunan mercu tanda. Tatkala tiba, ruang di dalam dewan sudah dipenuhi ramai. Ceramah sudah berlangsung. Ulama yang menyampaikan ceramah masih muda. Pernah berkhidmat selaku imam di beberapa buah masjid daerah selama 10 tahun dan kini bertugas di bahagian polis agama setelah dinaikkan pangkat. Ulama ini begitu bersemangat mensyarahkan mengenai malam al qadr bersandarkan hadis dan juga pandangan ulama termasuk jadual alam sufi yang menentukan malam qsdr bersandarkan kepada hari pertama ramadhan berdasarkan kepada pengalaman mereka. Apa yang agak menarik ulama tersebut cuba memperkuatkan pandangan beliau bahawa malam ke 21, iaitu malam ini merupakan malam al qadr bersandarkan hujjah bahawa malam tersebut merupakan malam jumaat. Beliau juga membuat ulasan akhir bahawa pali