Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 23, 2012

maulid di jalanan

Dan pagi Jumaat 17 Feb sekali lagi majoriti warga organisasi berkumpul di padang kawad nan luas bersebelahan masjid menara nan sebatang atas tujuan atau nawaitu asal untuk meraikan maulid rasul. Masing-masing berbaris mengikut jabatan masing-masing, memperagakan pakaian beraneka warna dan fesyen, dengan tema penutupan aurat lengkap berpakaian kebangsaan. Lelaki memakai baju melayu pelbagai warna, ada jabatan yang seragam warnanya. Ada juga yang tidak seragam. Masing-masing membawa sepanduk mengenai sambutan maulid ar rasul. Bunga manggar dan bunga telur menjadi penghias dan kosmetik tambahan. Dibawa oleh sang dara jelita. apakah untuk promo ataukah untuk mencarik hati juri? Dimanakah nawaitu sebenar akan sambutan majlis ini? Tidakkah kita sedar bahawa tujuan asal diadakan sambutan ini adalah untuk memperingati ulang tahun kelahiran pembawa obor penerang kehidupan umat? Tidak malukah kita mengaku umat sedangkan kita membuat fiesta atas nama Muhammad Rasulullah SAW yang mempercampur aduk