Catatan

Tunjukkan catatan dari September 4, 2017

Khutbah eid: masih di takuk lama

Imej
10 Zulhijjah kembali bertandang untuk tahun 1438, bertepatan pada hari Jumaat penghulu segala hari. Solat Eid dihadiri penulis berlokasi di jame daerah tengah Gapura Selatan yang telah berusia beberapa abad. Penulis bersama keluarga agak tergesa² menuju ke masjid tersebut kerana takut terlewat. Kebiasaan masjid akan mengadakan solat eid adha agak awal berbanding solat eid fitri kerana hendak mengejar waktu menyembelih korban. Lagipun masa untuk menyembelih untuk hari ini agak ketat kerana mengejar kehadiran solat Jumaat. Sebaik tiba di perkarangan masjid, kedengaran suara pegawai masjid sedang memberi keterangan berkaitan fadhilat mengerjakan solat sunat eid adha. Beberapa minit selepas melabuhkan kenderaan di lokasi yang difikirkan sesuai, maka seruan solat kedengaran. Kami bergerak masuk ke dalam ruang masjid yang sudah dipenuhi jamaah. Berbeza dengan keadaan waktu Subuh pagi tadi yang hanya tidak sampai satu saf dipenuhi manusia. Seusai solat eid, terdapat beberapa wajah ya