Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 27, 2016

Bertemu wahabi di perut al malik khalid

Jumaat terakhir di pulau impian...penulis masuk ke perut masjid yang indah ini agak awal kerana khuatir ketinggalan bas. Lagipun, tadi ada kelas sehingga jam 1 tengahari. Waktu Jumaat dijangka masuk sekitar setengah jam dari sekarang. Selepas mengambil wudhuk dan solat tahiyyatul masjid, duduk beriktikaf di dalam bangunan masjid. Masjid di sini hari Jumaat tidak dimeriahkan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci al quran dan juga bacaan tazkir sebagaimana yang berlaku di bahagian selatan semenanjung emas. Masjid sunyi dan syahdu. Hanya kedengaran suara-suara kecil membaca al quran secara individu. Lagipun kerajaan negeri telah mengharamkan sebarang bunyi-bunyian dari menara, kecuali hanya bunyi azan itu. Perkara itu agak dicemburui oleh parti pemerintah dan para juak-juaknya sibuk memukul canang kununnya azan dari menara di masjid dan surau seluruh pulau impian adalah dilarang sama sekali. Namun kenyataan sebenar, hanya bunyian lain selain azan sahaja yang dilarang. Seusai laungan