Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 7, 2010

Muharram tiba lagi

Imej
Esok atau lebih tepatnya Maghrib sebentar tadi umat Islam telah bersama melangkah ke tahun baru 1432 hijriah meninggalkan tahun 1431. Perayaan tahun baru hijriah atau dikenali sebagai sambutan maal hijrah di Malaysia diraikan saban tahun apabila masuk sahaja perkiraan 1 muharram untuk tahun berikutnya. Kalendar berasaskan perkiraan lunar ini pertama kali dilaksanakan pada zaman pentadbiran Umar Al Khattab selaku khalifah bagi memantapkan lagi pentadbiran beliau. Beliau telah memilih waktu hijrah Nabi SAW ke Madinah sebagai permulaan pengiraan tahun hijrah, meskipun sebenarnya Junjungan tidak berhijrah dalam bulan Muharram, namun Muharram dipilih sebagai bulan pertama pada kalendar hijri itu sebagai mengakui kemuliaan bulan tersebut yang sememangnya dihormati oleh seluruh masyarakat arab ketika itu. Sambutan di Malaysia boleh dikatakan paling meriah berbanding negara Islam yang lain kerana wujudnya acara-acara secara rasmi sejak malam tahun baru (meskipun tidak dapat menandingi kemeriah