Masjid India dan Masjid Melayu : Tiada masjid cina?
Penulis tidak pasti apakah tulisan ini berbau rasis? Tatkala berjumaat di Masjid India yang terletak di Jalan TAR tengahari tadi, buat pertama kalinya berjumaat di sana. Meskipun sebenarnya acara ziarah ke jalan TAR telah dimasukkan sebagai aktiviti tahunan isteri penulis, setiap menjelang Ramadhan, namun belum pernah dapat menghadiri solat Jumaat disana. Namun, selepas negeri gapura selatan mengembalikan cuti hujung minggu pada hari Jumaat, aktiviti ke jalan TAR pastinya akan berlaku pada hari Jumaat. Sebenarnya tiada sebarang perubahan yang berlaku pada bentuk fizikal bangunan masjid dan kawasan persekitarannya, kecuali kawasan kedai jualan yang menganjur dari masjid itu sudah tiada kawasan parkir dihadapannya. Ianya telah didirikan khemah sementara perniagaan. Setiap tahun sebelumnya, untuk mendapatkan parkir yang paling strategik, penulis terpaksa berpusing beberapa kali barulah dapat. Kali ini kenderaan diparkir dengan jayanya di dalam bangunan sogo. Apa yang menarik