Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 31, 2018

Hutang RM913 Bilion

Imej
Satu hospital yang lengkap boleh dibina dengan nilai RM 1 Bilion. Dengan hutang sebanyak RM918 B ini boleh dibina 900 buah hospital. Mampukah hutang sebanyak ini dijelaskan dalam masa lima tahun? Negara yang pernah diisytihar muflis ialah seperti Argentina, Brazil, Greece dan sebagainya.  Setiap tahun hutang negara akan bertambah sebanyak RM205B. Apabila negara ini diisytihar sebagai muflis, duit di bank tidak dibenarkan untuk keluar. Inflansi akan meningkat, bunga akan meningkat dan juga pengangguran juga meningkat. Seseorang yang bekerja, berkemungkinan kehilangan kerja. Untuk membayar hutang, tiada lagi duit. Sebagai contoh, bayar hutang rumah RM1000 sebulan. Apabila bunga naik, ada kemungkinan bayaran tersebut meningkat kepada RM1500 sebulan. Ada kemungkinan untuk membeli air mineral botol kecil terpaksa membayar seguni wang RM. Ada cadangan untuk keluar dari masalah hutang ini ialah dengan meminta bantuan negara luar utk bill out namun ada syarat yang akan men

Selepas tiga PB...

Telah tiga PB yang dilalui penulis. Terakhir pada petang ahad untuk subjek Industrialisasi dan Perubahan Sosial yang bermula jam 4 serta berakhir jam 5.30 petang. Satu jam setengah dan perlu menjawab dua soalan yang masing-masing bernilai 50 markah dan kedua-duanya pula bernilai 20% untuk carry mark keseluruhan. Bila duduk di meja penulisan dan menjengah muka surat hadapan yang tertutup, soalan yang keluar adalah teori pemodenan, yang merupakan soalan satu dan soalan kedua ada dua pilihan untuk dijawab salah satu. Penulis menoleh mencari teman sebilik yang tersengih² di belakang. Ternyata soalan yang dispot jauh dari sasaran. Teori ni ada juga dibaca tapi tidak diberi penekanan. Hampir keseluruhan denyutan otak diguna untuk menghafaz nota berkaitan teori yang lain. Parah juga. Hampir beberapa minit termenung mencari idea. Syukur, dapat sedikit gambaran.Itupun terlalu sedikit. Namun dapatlah mengisi helaian skrip jawapan daripada kosong. Soalan dua hampir sahaja boleh digoreng...cum at