Kisah lampu dan lintasan keretapi di Kluang
Penulis dilahirkan di bandar Kluang sekitar tahun 1395 hijriah...dan membesar di sini sehingga berumur 3 tahun sebelum akhirnya berpindah ke Taiping Perak kerana mengikut arwah ayah yang berkhidmat selaku seorang tentera. Hanya ketika berusia dua belas tahun dan menuntut di darjah enam, barulah penulis pulang semula ke kluang. Tatkala itu, Kluang bukanlah sebuah bandar yang agak maju. Yang wujud ialah deretan rumah-rumah kedai lama yang ditulis tahun 1940 an di bahagian atas bangunan tersebut. Pasaraya yang ada hanyalah pasaraya Nilai kalau tidak silap penulis, dan juga pasaraya Great Wall. Wujud juga parkson di bangunan UMNO yang kini sudah bertukar menjadi kedai jualan biasa.. Kini Kluang semakin berkembang dan membangun. Seiring dengan peredaran zaman dan kebijaksanaan pimpinan yang ada. Bangunan semakin banyak bercambah dengan kedai-kedai yang semakin membiak. Meskipun masih wujud bangunan yang mencacatkan mata di tengah-tengah bandar, terutama di kawasan perhentian bas sedia a