Catatan

Tunjukkan catatan dari April 2, 2010

Adakah kita telah gagal?

Pagi Jumaat pejabat penulis mengadakan majlis tadarus al quran sebagaimana yang dilaksanakan oleh kebanyakan pejabat dan jabatan lain yang terletak di dalam negeri Johor ini. Usai tadarus, ialah acara makan pagi yang disediakan oleh salah seorang staf. Perbincangan pada pagi yang hening ini berkisar mengenai kisah seorang ibu tunggal yang pernah dikhabarkan di dada akhbar berkaitan rayuan dan nasib beliau yang tidak mampu untuk menghantar anaknya ke menara gading dek kerana kesempitan hidup. Malang sekali, rayuan dan permohonan serta penderitaan beliau tidak pernah diendahkan oleh pihak berwajib yang memegang autoriti kewangan bersandarkan kepada agama. Akhirnya, beliau telah dibantu tanpa perlu mengisi borang berjela, mahupun perlu menagih dan merayu ke rumah penghulu atau ketua kampung. Sayangnya, bantuan tersebut telah datang dari pihak misionari!!! Pihak misionari sememangnya sangat haloba terhadap segala peluang yang membolehkan mereka menyuntik jarum-jarum halus yang berbisa bagi