Kelas Fiqh
Sudah hampir dua tahun penulis gagal hadir ke kelas agama di bawah bimbingan Tuan Guru Baharuddin. Akhirnya, pada malam ini, alhamdulilla, walaupun pada awalnya terasa amat berat untuk melangkah, mungkin kerana tarikan syaitan dan nafsu, penulis berjaya mengagahkan diri dengan keizinan dariNya jua, tiba di halaman ruamh tuan guru. Kelihatan kenderaan yang ada menunjukkan peningkatan dari segi para pelajar yang hadir. Di dalam kelihatan satu halaqah bulat yang diketuai oleh beliau. Bacaan kitab pada hari ini ialah HUKUM HAKAM SOLAT BERJAMAAH SERTA PANDUAN IMAM DAN MAKMUM sususan Muhammad Hidhir bin Hussin b Ibrahim pada muka surat 231 hingga 239 yang membicarakan beberapa masalah mengenai sifat-sifat imam. Di antara perkara yang menarik dalam syarah beliau ialah makmum dan imam yang berlainan mazhab dimana imam melakukan perkara yang membatalkan solat mengikut fahaman makmum. Sebagai contoh imam dari kalangan mazhab Hanafi yang meninggalkan tumakninah sedangkan pada pandangan makmum ya