Pengalaman lampau : Apabila anda ditamatkan kontrak
Staf kerajaan ada yang diambil bekerja dengan status tetap dan berpencen, ada yang diambil bekerja selaku pekerja kontrak (pelek juga ya..ingatkan kerja buruh kontrak sahaj...di pejabat kerajaan pun ada), ada yang diambil secara sambilan bahkan ada juga secara khidmat singkat. Diantara kesemua status yang disenaraikan, hanya yang berstatus tetap dan berpencen sahaja yang mampu tersenyum panjang. Tiada apa lagi yang perlu dirungsingkan. Kerajaan mempunyai prosedur yang amat ketat untuk menamatkan perkhidmatan staf yang telah masuk ke status seumpama ini. Tindakan undang-undang ke atas staf yang berstatus seperti ini, meskipun dicalit dengan kesalahn-kesalahan tatatertib, amat jarang dikenakan tindakan buang kerja kecuali jika kesalahan yang dilakukan mungkin membabitkan keputusan mahkamah. Diantara mereka, tolak staf tetap dan berpencen, staf kontrak adalah yang paling beruntung kerana setiap kali kontrak berjaya ditamatkan, akan mendapat imbuhan sebulan gaji. Ini bermakna, staf kontrak