Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 7, 2012

Ramadhan ke 18

Sambutan nuzul al quran diadakan di masjid jamek menara nan sebatang. Kehadiran dilihat agak menggalakkan. Majlis dinamakan dengan anjuran tiga badan gergasi yang menaungi ahli organisasi. Adapun aturcara dan kaedah sambutan ialah dengan mengadakan tadarrus al quran kunun namanya. Maka dikumpulkan hampir 30 kumpulan dengan anggota setiap kumpulan seramai 20 orang yang membolehkan setiap ahli kumpulan menghabiskan bacaan sebanyak dua muka. Maka dalam masa kurang 20 minit, setiap kumpulan boleh menghabiskan hampir dua juzuk al quran. Oleh kerana hadirin tidak dapat membentuk jumlah kumpulan seperti yang diimpikan, maka ada juzuk yang ketinggalan. Mujurlah kumpulan kami yang dipimpin oleh P1 mempunyai ahli paling ramai, maka kami secara mukhlis dapat menyelesaikan empat juzuk bacaan. Maka kira-kira selepas satu jam, majlis khataman pun disempurnakan sambil dipersaksikan oleh pimpinan tertinggi. Kemudian ceramah oleh hakim mahkamah tinggi syariah. Setiap jamaah yang hadir mener