Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 1, 2023

Mengambil iktibar di Kota Madinah

Imej
 Subuh 19 Jamadil Awwal 1444 Subuh pertama di bumi Madinah selepas berjaya mendarat di lapangan terbang Madinah buat pertama kali sejak beberapa episod di dua tanah haraam; Lapangan terbang Madinah tidak sesibuk lapangan terbang King Abd Aziz di Jeddah. Para petugas di sana sudah pun bercampur antara lelaki dan wanita. Namun polis wanita masih memakai cadur hitam menutupi seluruh tubuh. Mereka bertugas agak cepat dan lancar berbanding tahun sebelumnya dimana polis lelaki akan bertugas sambil lewa sahaja di kaunter; Polis lelaki berperut gendut dengan pakaian fesyen slim fit masih lagi wujud selaku petugas; Azan pertama di bumi Madinah adalah sekitar jam 4.30 pagi. Manusia berbondong² menuju ke arah masjid an nabawi. Semasa perjalanan keluar daripada bangunan hotel, ditemui beberapa orang pemuda di sebalik tiang hotel cuba menawarkan abaya untuk dibeli. Tawaran dibuat dalam riyal saudi dan juga rupiah indonesia. Mengapa ringgi malaysia tidak boleh diperdagangkan di sana secara terus? Ma

Napolean Kecil

Imej
 8 Syaaban 1444 Hujan masih turun renyai dan kebanyakan lokasi di hujung semenanjung emas dan tengahnya sudah mula digenangi air. Paras sungai kebanayakkannya menunjukkan tahap waspada dengan tahap bahaya juga sudah mula menjengah tiba; Napolean adalah merupakan maharaja Perancis yang berkuasa dan ditakuti di Eropah. Bermula dengan seorang tentera yang akhirnya mengepalai revolusi Perancis dan menguasai negara dan juga benua Eropah; Napolean kecil adalah gelar untuk individu yang berada dalam sesebuah organisasi, tidak mempunyai kuasa secara formal tetapi mampu menggerakkan organisasi ke arah memenuhi kehendak dan kemahuan sendiri. Mereka mungkin seqadar pegawai kecil, kerani atau pun pembantu pejabat, tetapi pengaruh yang ada pada mereka mampu mempesonakan sang penguasa yang mengakibatkan organisasi berubah mengikut kehendak dirinya; Mereka mampu menghapuskan atau menukar rakan sepejabat ke pejabat lain dalam kadar segera bahkan merobah struktur organisasi mengikut kemahuan mereka, bu