Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 15, 2017

Kerana sebulat tayar

Imej
Pagi yang hening...seperti biasa...berkejar-kejaran untuk mendapatkan mesin slide bagi mengelakkan terlewat. Keadaan agak genting kerana pergerakan dari kota kediaman agak lewat disebabkan beberapa perkara. Antaranya ialah kesilapan memilih jalan utama di mana pada waktu tersebut, keretapi melintang memutuskan jalan antara bandar dan juga jalan menuju ke pejabat. Maka terpaksa berhempas pulas melalui jalan yang sesak dek kerana pasar orang cina di pinggir sungai utama. Selepas melepasi lampu isyarat di felda, dengan pecutan sekitar 100km, tiba-tiba kelihatan sesuatu terbang dari tayar sebelah kanan. Hati tiba² menjadi gusar...Alamak...taya aku meletup ke? Kenderaan segera di susur ke tepi jalan dan tatkala turun melihat, wah..tayar sudah bocor..Jam di tangan menunjukkan pukul 7.40 pagi... Maka bersegera dengan malas membuka bonet belakang yang sudah rosak pada pemegangnya yang menyebabkan bonet itu tidak mampu berdiri sendiri. Hendak ditukar, harganya RM195 sebatang...dah