Saya imam : rasis atau ekstremis?
Kejadian 11 Jun lalu di tapak pasar Ramadhan Gotham City adalah sesuatu lakonan memualkan. Ianya seolah lakonan kitar semula dengan beberapa watak tambahan, tanpa mengenepikan hero utama. Kali ini, hero utama telah berani memperkenalkan diri dengan memakai gelaran agama demi mempertahankan status quo sampah yang kelihatan jelik. Lebih malang lagi, apabila para pemegang tampuk kerusi empuk, seolah 'menghalalkan' tindakan yang dilakukan oleh pemuda yang berselimut agama di tengah² kesempurnaan Ramadhan. Dengan alasan lapuk, kunun hendak membalas perbuatan pembangkang, yang menang di parlimen dan DUN, pemimpin DUN kedua yang kununnya mewakili suara bumiputera hanya memberikan komen seperti biasa sahaja. Apakah tindakan sang imam itu diredhai oleh pimpinan tempatan? Jika dilihat kepada komen yang diberikan, ianya seolah merestui perkara tersebut. Namun alasan dangkal pimpinan tempatan mengenai isu pemindahan kawasan tapak bazaar adalah jauh dari kebenaran kerana mengikut