Catatan

Tunjukkan catatan dari September 3, 2013

Citraku meraung lagi

Beberapa hari semasa membuat lawatan hari raya adik perempuan penulis ada menyatakan bunyian aneh dari tayar belakang sang citra tatkala brek ditekan. Namun penulis gagal mendengarnya walaupun setelah diperlahankan radio. Mungkin kerana bunyinya tidak begitu kerap. Hari-hari berlalu sehingalah tibanya hari Isnin dimana tatkala pulang, ada bunyi yang agak kuat dikesan lagi selepas melintasi lampu isyarat. "Ini kena bawa ke klinik nih..." Getus hati penulis. Maka dengan kadar yang tidaklah seberapa segera, penulis bergegas ke bengkel biasa untuk bahagian tayar di hujung bandar belakang hotel lama... " Ini brek shoe punya pasal bang..." Kata apek dengan senyum memanjang penuh bermakna. Senyum penagih wang..!! "Tapi ini hari tak boleh bikin..kedai sudah tutup..esok u datang...kerja mana?" "Parit raja..." "Banyak jauh...bahaya..esok lu datang..." Maka yang terpahat di kepala penulis ialah mohon keizinan dari bos untuk masuk lewat. Maka SMS p