Catatan

Tunjukkan catatan dari April 22, 2014

Masjid dan corongnya...

Imej
Beberapa minggu ini, disamping keghairahan majoriti (?) rakyat semenanjung emas dan dua tanah besar borneo terarah kepada isu kehilangan pesawat terbang, perhatian warga muslim yang menjadi majoriti warga semenanjung emas dan sebahagian tanah besar borneo ini dilarikan dengan isu seorang lelaki muslim yang membuat laporan polis mengenai seruan azan dan tarhim yang didakwa mengganggu kehidupannya dan juga kehidupan kebanyakan warga karyah di kediamannya.  Isu ini menjadi hangat selepas mungkin minda rakyat 'terpaksa diarahkaan pn' kepada isu pesawat yang semakin 'tenggelam' dengan kepelbagaian teori di media alternatif, maka ia menjadi letih dan tercari-cari isu lain yang boleh menyegarkan sementara kerisauan rakyat terhadap nasib para penumpang pesawat tersebut. Ia menjadi semakin hangat apabila lelaki yang membuat laporan polis itu bukan sahaja seorang muslim, tetapi kelihatan sebagai seorang muslim (memakai kata-kata keramat Timbalan Pengarah HEP salah se