Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 24, 2013

Adakah akan berlaku di negeriku terchenta ini?

Imej
S'gor umum bonus sebulan gaji untuk k'tangan awam 2:31PM Jul 24 2013   Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan pemberian bonus sebulan gaji untuk kakitangan awam di Selangor. Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata, keputusan itu dipersetuju oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri hari ini. "Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM30 juta untuk pemberian bonus kepada 21,776 kakitangan tetap, kontrak dan sambilan yang akan diberikan selewat-lewatnya pada hujung bulan ini," katanya.  Abdul Khalid berkata, sekiranya kerajaan pusat mengumumkan pemberian bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam, maka kerajaan Selangor akan menambah lagi setengah bulan gaji kepada kakitangan awam di negeri ini.  "Saya berharap bonus ini dapat meringankan tanggungan warga kerja kerajaan negeri bagi menghadapi persiapan Hari Raya.  "Kita berharap kakitangan awam berbelanja dengan berhemah dan memperuntukkan sebahagian bonus ini untuk

Lagu Hari Raya - Carta Hati No 1 Terkini

Imej
Ramadhan yang ke lima belas hari ini. Rupanya sudah nisfu Ramadhan. Dah separuh rupanya perjalanan kita melalui taman-taman Ramadhan yang mewangi dan indah. Keharuman taman-taman ini sungguh mempesonakan jiwa para hamba agar kembali mewarnai serta menghangatkan laman rohani yang selama ini kelihatan usang, kelam dan seolah tiada berpenghuni. Dalam melayari Ramadhan ini, beberapa kali masuk ke bazaar buat memenuhi misi sang bonda. Kalau boleh, memang ingin dielakkan untuk ke bazaar. Ianya seolah-olah kita berada di halaman pasar dagangan fesyen manusia. Pelbagai jenis rakaman pakaian dan penonjolan imej manusia akan kita temui. Manusia yang kita rasa ianya tidak pernah kita temui atau kita rasa, dia ni duduk kat sini ke? dia ni orang tempatan ke? pun kita akan temui. Ianya mungkin boleh merobek tahap 'menahan diri' dan menyebabkan kita terjatuh ke dalam telaga puasa awam yang mana ganjarannya hanya seqadar berlapar dan dahaga semata-mata .. Dan irama lagu hari raya sema