Masalah di organisasi : Pelan tindakan penambahbaikan
Tajuk pada kali ini seperti tajuk pembentangan KIK pula. Kita biasa didedahkan dengan pelbagai masalah yang timbul di tempat kerja. Ada pejabat yang mengandungi staf yang berpuak-puak. Bahkan kadang-kadang bukan hanya wujud dua kelompok yang tidak sebulu, bahkan melebihi pula. Ada puak yang cuba berlumba dan bersaing sesama mereka untuk memenangi hati bos. Keadaan akan menjadi semakin parah apabila bos pula dari kalangan yang suka mendengar kata orang yang dianggap paling hampir kepadanya. Al maklumlah, dalam organisasi besar, manakan sempat sang bos hendak memantau keseluruhan kawasan pekerjaannya. Meskipun ada sang penyelia yang dianggap wakil bos di kalangan staf, namun bos ada kalanya kurang mempercayai sang penyelia, tetapi lebih terpengaruh dengan pengkisahan staf yang paling hampir dengannya. Semakin rancak sandiwara apabila staf tersebut yang tahu dirinya merupakan sumber maklumat utama bos, mula memainkan peranan menusuk jarum dan api kebencian, agar bos senantiasa berhati