Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 13, 2008

Debaran seorang ayah ...

Imej
Dalam debaran menantikan kelahiran bakal anak ke dua .. Aku kembali ke hospital kluang untuk pemeriksaan degupan jantung bayi dalam kandungan isteri. Alhamdulilla segalanya berjalan lancar. Namun. jam 2 petang, kami harus ke klinik kesihatan pula untuk pemeriksaan rutin mingguan. Mmm Dalam suasana yang agak merimaskan ini, tatkala singgah solat Zuhur di jame' bandar Kluang, masjid hebat tersergam milik pemerintah, hanya ada satu saf sahaja, itupun tidak penuh... Terfikir sejenak, sampai bilakah keadaan ini akan terus berlaku? Tiadakah apa-apa tindakan untuk menambahkan bilangan jamaah? Adakah AJK cukup hanya berpuashati dengan bilangan jamaah yang ada? Macammana kalau ditaqdirkan 70% jamaah yang ada meninggal dengan tiba-tiba, adakah ini akan bermakna masjid tersebut hanya akan didatangi oleh baki jamaah yang tinggal dan lama kelamaan akan menjadi muzium? AJK masjid dan surau di seantero negara perlu memerhatikan perkara ini. Selalunya AJK ini lebih tertumpu untuk mengadakan progra