Syoknya menjadi pelajar PJJ
Disamping kita merebut tips untuk menjadi pelajar PJJ dari kacamata ahli dunia, mari kita selami pula tips yang sama dari kacamata akhirat. Of course, tujuan atau nawaitu untuk kita melanjutkan pengajian itu untuk apa sebenarnya? Untuk mengejar sehelai kertas bernama ijazah? Betul...the selepas itu? Seorang sahabat sufi penulis pernah bertanya perkara ini, "Kalau kau nak further untuk dapatkan jawatan, lupakan aja..." Seorang pensyarah sains politik yang dikagumi pernah menyatakan, "Sepatutnya tujuan menghadiri kursus PJJ ini adalah kerana keghairahan terhadap ilmu. Maka nanti akan berhasil sesuatu yang dibuat dengan ikhlas dan jitu..." Ye betul...Jika kita datang hanya untuk keduniaan, maka kita tidak hirau kan sama ada kajian atau kerja kursus yang kita lakukan halal atau haram? Bagaimana itu? Iyelah, kalau tugasan yang disuruh kita lakukan kita lakukan sambil lewa, tidak bersungguh, mengharapkan idea orang, menyalin idea orang lai