Escape From Hydrabad
3 Jamadil Akhir 1444 Hari ketiga di bumi Hyderabad, Tidak ada ketika yang lebih menyeronokkan selain apabila mendapat tiket untuk kembali ke tanah air. Tiket di wassap yang dihantar oleh pihak ibu pejabat menyatakan dengan jelas tarikh 27 Dis 2022 jam 0022. Timbul persoalan siapakah yang bakal menggantikan tempat penulis? Ianya tidak dapat dijawab dengan terang oleh pihak pengurusan di Johor Bahru. Menjelang waktu zawaal, pihak HQ menyatakan bahawa seorang agen dari Hyderabad akan menggantikan penulis. Apabila dibawa masuk menghadap pihak pengurusan hospital, mereka menolak mentah² wakil tersebut. Mereka mahukan saudara mara pesakit untuk menggantikan pesakit. Keadaan mula menjadi cemas. Apatah lagi, bateri HP hanya tinggal 30%. Sudahlah nak dapatkan line internet yang kira ok pun agak payah. Perbualan hanya melalui penggilan wassap. Itupun sering terputus-putus. hendak mencari line telco india seperti mencari sebutir nasi di bumi tandus dan kering... Perbincangan dengan pihak konsulat