Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 6, 2015

Hari Raya di Organisasi - tapau lagi

Imej
Sambutan hari raya masih lagi berlegar² di sekeliling kita. Keindahan syawal yang sudah semakin tua umurnya itu tetap menggembirakan hati muslimin, khususnya dari kalangan bani jawi. Bukti utama, hampir setiap rumah dan juga pejabat serta organisasi akan mengadakan acara sambutan rasmi. Seolah tiada sah akan sambutan hari raya itu tanpa adanya sambutan rasmi. Dari istana terbuka hinggalah kepada rumah terbuka, ianya terus diraikan .. Tidak ketinggalan acara sambutan di organisasi tersohor. Meskipun dengan keadaan cuaca yang tidak menentu, acara sambutan tetap diteruskan, walaupun negara baru sahaja meratapi berita terkini berkaitan kehilangan pesawat MHS, kemeriahan syawal tetap didambakan. Meskipun RM jatuh dengan SANGAT TERUK hingga ke paras 3.91 sedolar, majlis yang diatur tetap mewah dengan pelbagai makanan. Sejak seawal jam 8 pagi lagi, para petugas sudah berpusu² menuju ke lokasi program. Acara formal bermula jam 11 pagi dengan ketibaan dif jemputan di pihak pengur