Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 11, 2015

Akhirnya kembali ke tanah besar

Imej
Selepas beberapa hari 'terperangkap' di pulau ini, akhirnya penulis berjaya menyelesaikan peperiksaan berterusan terakhir, subjek etika profesional yang diuji merangkumi tiga bab utama, dengan soalan objektif sebanyak dua puluh soalan sahaja. Ramai di antara ahli kelas yang keluar sangat awal, seawal 15 ninit selepas masa ujian bermula. Ujian dilaksanakan di dalam dewan kuliah. Tentu sahaja para pembaca dapat bayangkan kedudukan dewan kuliah yang membukit. Orang belakang amat mudah untuk melihat jawapan di atas kertas objektif calon yang duduk di hadapan.  Selepas sekitar 15 minit, penulis juga keluar dari dewan selepas berjaya menghitamkan jawapan untuk kesemua soalan. Sebaik, keluar, penulis melangkah menuju ke bangunan HEP untuk mengambil baucer buku. Ya...selaku seorang pelajar, meskipun bertaraf PJJ, layak menerima baucer buku bernilai RM250.00... Sebaik tiba di kawasan tersebut, sudah agak ramai pelajar yang berada di dalam barisan yang dibahagikan mengikut abjad