Aku dah jemu....
Dalam perjalanan pulang dari pejabat yang mengambil masa selama lebih kurang satu jam ataupun kurang, bergantung kepada keadaan trafik. P : " Aku rasa dah bosan la bang..kerja kat pejabat tu. Asyik kena buat benda yang sama jek tiap hari..." P1 : "Dah berapa lama nko kat pejabat tu..?" P : "Dah lima tahun. Semua benda aku dah master. Cumanya aku dah bosan. Ada ketikanya sepanjang lapan jam bekerja, aku hanya hasilkan empat keping surat jek..selebihnya aku tenggelam dalam keboringan yang mendukacitakan..." P2 : "kalau kau boring selalunya kau buat apa?" P : "Aku pergi ke lokasi lain. Lepak situ kadang hingga berjam-jam. Aku bukannya tak suka pejabat aku. Tapi aku dah boring. Suasana sama. Kawan-kawan sama. Bos pun sama..uiihh.." Ini adalah sebenarnya satu fenomena yang biasa berlaku di organisasi ini. Dan rasanya dimana-mana organisasi sama sahaja. Kebosanan biasa berlaku di tempat kerja. Banyak faktor yang merangsang perkembangan perasa