Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 10, 2014

Islam Hanya Pada Doa?

Imej
Benarkah Islam kini hanya ada pada doa semata? Apabila sesuatu majlis rasmi diadakan, doa adalah merupakan salah atu agenda wajib yang wujud dalam tentatif program. Biasanya  ulama akan dijemput dan didatangkan khas untuk mengetuai bacaan doa. Mungkin kerana mematuhi kehendak Perlembangaan yang jelas menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan ... Maka selepas bacaan doa ataupun kadangkala sebelum bacaan doa, maka didatangkan sang penari lelaki dan perempuan membuat tarian melayu asli bersama dengan ditonton oleh sejumlah hadirin. Adakah tarian bersama-sama lelaki dan perempuan di atas pentas dengan kaedah penutupan aurat yang tidak sempurna mengikut syariat itu boleh diterima dan mendapat sedikit 'saham' dari doa yang diaminkan? Sebuah keluarga makan di sebuah warung. Sebaik hidangan tiba, si bapa mengarahkan anaknya membaca doa makan. Dengan penuh adab, doa dibaca dan diaminkan. Kemudian kesemua ahli keluarga menjamah makanan. Sayangnya, si b

Hijrah....perit tetapi buahnya manis, Insya Allah

Imej
Dan surat arahan hijrah yang berterbangan di awal hari Rabu agak memeranjatkan. Isu bermula bila seseorang upload status terkini di FB yang boleh ditafsirkan bahawa beliau telah mendapat satu bentuk arahan untuk berhijrah setelah sekian lama berada di pejabat tersebut... Dan tiba-tiba juga muncul sang pemungut surat di muka pintu mengatakan bahawa ada surat khas untuk penulis yang seakan arahan jua untuk hijrah. Hati sebenarnya agak teruja. "Kan surat tu yang selalu kau tanya..." Begitulah kata sang pemungut surat. Memang benar penulis rajin bertanya kepada beliau mengenai surat khas bersampul untuk penulis. Namun tiadalah sebenarnya ternawatu untuk berpindah. Hanya seqadar membuat gurauan dengan sang pengambil surat. Namun suasana pada pagi Rabu itu agak menggusarkan. Dengan kadar segera memanjat tangga menuju ke bilik setiausaha bos besar. Untuk menjenguk surat keramat yang dikatakan itu.  Wah memang benar rupanya surat arahan hijrah.