Tiga hari di sekolah itu...
Sekali lagi penulis dipelawa untuk menabur bakti di sekolah menengah di Yong Peng bersama rakan-rakan yang sama. Cuma geng ini sudah menerima kehadiran beberapa rakan ahli baru yang juga berminat dan ingin berkongsi. Perjalanan dimulakan dengan menaiki kenderaan baru milik PH. Singgah di kampung tertentu untuk mengambil KK. Singgah juga di pekan kecil untuk makan pagi namun tiada makanan berat yang tinggal untuk jualan. Mujurlah penulis mendapat bekalan tatkala singgah di rumah Allah. Kami masuk ke kawasan sekolah sekitar jam 11.00 pagi dengan semangat berkobar untuk masuk ke hutan bagi melihat dan tag kawasan kembara. Sayangnya, pihak urusetia gagal untuk tiba lebih awal. Kami menyempurnakan Jumaat di masjid yang agak besar di pekan tersebut. Usai solat, kami bergegas pulang, mendapatkan motor dan barang-barang lantas bergerak melurusi trek kembara untuk esok. Usai tugas, kami bergerak pula ke lokasi program di tingkat atas. Kehadiran peserta belum mencapai keseluruhan. Namun, beberap