AKLI Kota Tinggi
Ketibaan kami di AKLI sekitar jam 12 tengahari Jumaat yang agak nyaman. Perjalanan dari Ayer Hitam dengan menumpang kereta mentor bersama Tuan Guru (TG). Melalui jalan lama dilihat lebih selesa dan tenang. Peserta tiba tidak berapa lama selepas ketibaan kami. Bas yang menjanjikan untuk membawa peserta menunaikan solat Jumaat menghilangkan diri sebaik sahaja pelajar berjaya diturunkan. Urusetia tertipu mengatakan bahawa mereka hendak mengambil petrol atau diesel di stesen berhampiran. Agak malang selepas beberapa minit menunggu dan waktu Jumaat hampir tiba, bas tidak juga muncul. Bagi fasi yang berkenderaan besar, mereka menumpangkan beberapa pelajar lelaki untuk ke masjid, tetapi bilangan mereka terlalu kecil. Penulis, mentor, TG dan Pegawai Hutan II (PHII) menuju ke masjid yang paling hampir di kawasan perumahan. Usai solat Jumaat, TG menyatakan bahawa sebagai urusetia dan fasi, kita telah melepaskan tanggungjawab kerana janji pengusaha bas untuk membawa pelajar solat Jumaat, namun me