Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 1, 2021

Bedah Buku - Sejarah Arab Saudi

Imej
 17 Rajab 1442 Selepas beberapa minggu, baharulah selesai membaca buku Sejarah Arab Saudi Buku Pertama Membongkar Sejarah Islam Di Semenanjung Arab  - Hijjaz (Makkah-Madinah) Sejak Zaman Rasulullah sehingga sekarang. Buku ditulis oleh Dr Abdul rahman Hj Abdullah, pensyarah subjek Sejarah USM dan diterbitkan oleh Hijjaz Record Publishing pada Januari 2021. Mengandungi empat bab dengan ketebalan 268 mukasurat. Bab pertama membicarakan mengenai sejarah awal bumi Hijjaz sejak zaman pra-islam sehinggalah ke zaman takfiri iaitu pasca kejatuhan abasiyyah dan jatuh bangun kerajaan kecil Islam yang menguasai hijjaz seperti beberapa kerajaan kecil yang berfaham syiah. Ternyata di sepanjang pemerintahan Bani Umayyah (661- 750 M) wujud tiga siri pemberontakan besar kaum syiah, Di sepanjang pemerintahan abbasiyyah (750 - 1258M) pula muncul tujuh pemberontakan oleh alawiyyah yang berpegang kepada fahaman syiah dan pada penghujung zaman tersebut menyaksikan kuasa pentadbiran dipegang oleh golongan sy