Tiga hari di situ...
Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. At Taubah : Ayat 41 Sekali lagi penulis telah terpanggil untuk menyertai misi kemasyarakatan pada 25-27 Mac 2011 bertempat di Pusat Pertanian Ayer Hitam Batu Pahat membantu gabungan anak-anak dari Sek. Keb. Parit Lapis dan juga Sek. Keb Tenaga Sepakat seramai sekitar 98 orang pelajar tahun 6 yang bakal menghadapi pperiksaan UPSR pada tahun ini. Kali ini penulis hadir agak lewat, tatkala menjelang waktu zawaal tengahari Jumaat yang mulia. Beberapa sahabat yang setia sudah sedia menanti. Selepas mengemaskini bilik kuliah, kami bergerak ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat Jumaat. Usai solat, bersiap untuk meneroka laluan kembara. Sebenarnya, kali in